Pemandu terselamat, 4WD dipandu terjunam ke dalam gaung

MIRI: Seorang pemandu nyaris maut selepas pacuan empat roda (4WD) model Toyota Hilux yang dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam gaung sedalam 5 meter di Kampung Bukit Bom di Jalan Sepupok-Niah petang tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah dalam kenyataannya hari ini, sepasukan anggotanya dikerahkan ke lokasi sejurus menerima makluman berhubung insiden pada jam 5.02 petang.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya insiden sebuah 4WD terbabas lalu terjunam ke dalam gaung bersebelahan jalan," jelasnya.

Setelah "size up" dijalankan, PKO dimaklumkan orang awam bahawa tiada mangsa dalam kenderaan tersebut dan dimaklumkan mangsa telah keluar dengan sendirinya sebelum pasukan bomba tiba.

Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, maka pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 5.25 petang sebelum bertolak semula balik ke balai.

Gambar BBP Batu Niah
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.