Lori terbalik, puluhan babi bertempiaran atas jalan

Gambar Dok Istimewa

JAWA TIMUR—Anggota polis dikerah untuk menangkap berpuluh-puluh ekor babi yang lari bertempiaran di tengah jalan selepas lori yang membawa haiwan itu terlibat dalam kemalangan di Jalan Tol Ngawi-Kertosono, baru-baru ini.

Memetik portal Prohaba.com, kejadian yang berlaku pada Khamis lalu telah dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial sehingga tular pada Khamis lalu.

Ketua Polis Lalu Lintas Nganjuk, Iptu Heri Buntoro berkata, polis menangkap puluhan babi yang lari ke tengah jalan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Lori tersebut sedang melalui Jalan Tol Ngawi-Kertosono dari arah timur ke barat. 

“Sebaik sampai di Kilometer 651.600 tayar belakang sebelah kanan lori itu pecah menyebabkan ia bergerak ke kanan lalu terbalik,” katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.