Lelaki tersepit dan alami kecederaan, 4WD dinaiki terbabas ke bahu jalan
SIBU -- Seorang lelaki berusia 44 tahun mengalami kecederaan selepas 4WD Mitsubishi Triton yang dinaikinya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dalam kemalangan kediri yang berlaku di Jalan Kanowit-Julau petang tadi.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sepasukan anggota BBP Sibu Sentral bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 6.18 petang.
"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati mangsa masih terbaring pada kerusi duduk penumpang hadapan dalam keadaan sedar," ujar beliau.
Pasukan bomba turut difahamkan bahawa pemandu 4WD dan seorang lagi penumpang sudah dikeluarkan terlebih dahulu dan dihantar ke Hospital Kanowit bagi diberikan rawatan lanjut.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak memasang cervical collar pada mangsa yang mengalami kesakitan pada bahagian pinggang.
Pasukan Bomba berjaya mengeluarkan mangsa dari dalam kereta tersebut dan seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak KKM untuk tindakan seterusnya.
Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba bertolak semula balik ke balai.
Gambar PGO Sarawak
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.