Lelaki maut, 4WD berlanggar lalu merempuh pokok tepi jalan

LAWAS -- Seorang lelaki maut selepas pacuan empat roda (4WD) yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lagi 4WD lalu terbabas dan merempuh pokok tepi jalan di Jalan Gaya, awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, mangsa yang berusia 37 tahun disahkan mati di lokasi kejadian oleh kakitangan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

 Anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Lawas bergerak ke lokasi insiden sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 6.50 pagi.

Saksi di tempat kejadian berkata, sebuah kenderaan model Isuzu Dmax telah melanggar belakang kenderaan Toyota Hilux SR, lalu merempuh pokok di tepi jalan. 

PKO melakukan "size up" dan mengaplikasikan konsep SAVER yang mana seorang mangsa tersepit pada bahagian pemandu kenderaan Isuzu Dmax.

PKO kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas (rescue tool). 

Setelah mangsa berjaya dikeluarkan, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa disahkan meninggal oleh KKM di lokasi kejadian. 

Pemandu Toyota Hilux SR bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post