Dua penumpang maut, 4WD dinaiki terjatuh ke dalam sungai

LUBUK ANTU: Dua wanita maut selepas pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki keduanya terjatuh ke dalam sungai di Kampung Semueh Baru Jalan Lubuk Antu-Betong pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kedua-dua mangsa yang belum diketahui identiti itu berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan menyelamat tiba, bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM yang turut berada di lokasi kejadian.

Menurut beliau, sepasukan anggota BBP Betong bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 11.29 pagi.

Komander operasi melaporkan berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah 4WD terjatuh ke dalam sungai.

"Seorang lelaki dewasa yang merupakan pemandu dan seorang kanak - kanak lelaki telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan telah dihantar ke Klinik Merindun sebelum pasukan bomba sampai," jelasnya.

Dua lagi penumpang wanita dewasa turut dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan KKM.

Pihak bomba membantu mengangkat mangsa dan menyerahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnnya.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post