TikTok, Google, META akan dilesenkan

KUCHING-- Platform media sosial utama termasuk Google, META dan TikTok bakal didaftar dan dilesenkan, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, banyak kandungan yang dihasilkan oleh organisasi media di Malaysia dimanfaatkan oleh ketiga-tiga platform berkenaan, namun pulangan kepada organisasi media tempatan amat kurang.

"Pendaftaran dan pelesenan ini bagi memastikan industri media di negara ini mendapat pulangan semula.

"Kementerian berpendapat perkara ini perlu diteliti dengan serius memandangkan penguasaan platform media sosial itu memberi impak terhadap industri media tempatan," katanya dipetik Berita Harian di sini hari ini.

Fahmi menambah, perkara tersebut sudah dibincangkan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan platform media sosial terbabit.

Beliau menambah, kementerian akan terus meneliti isu itu untuk memastikan ekosistem media Malaysia mampan dan sihat.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.