Tiga rumah di Kampung Nangka terbakar

SIBU-- Penduduk Kampung Nangka di sini dikejutkan dengan insiden kebakaran melibatkan tiga buah rumah di situ dalam kejadian pagi ini, kata Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Katanya, bomba menerima panggilan berhubung kebakaran itu sekitar jam 10.44 pagi tadi.

"Berikutan itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dikerahkan ke lokasi dan dibantu BBP Sungai Merah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya komander operasi melaporkan pada jam 11.25 pagi tadi kebakaran telah melibatkan tiga buah rumah.

Operasi pemadaman masih dijalankan.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.