Serbuan dan tangkapan operasi pusat hiburan oleh IPD Kuching.
Kuching -- Bermula 23 September 2023, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching
telah membuat 3 siri operasi pusat hiburan dan tangkapan di pusat hiburan di sekitar Kuching.
Seramai 46 orang lelaki dan satu (1) perempuan telah diperiksa, dan seramai 11
lelaki berumur dalam linkungan 21 hingga 54 tahun telah ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana hasil ujian saringan air kencing didapati positif dadah.
Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen
15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 - denda tidak lebih daripada RM5,000 atau hukum penjara tidak lebih daripada 2 tahun.
Ketua Polis Daerah Kuching mengalu-alukan maklumat orang awam berkaitan
aktiviti penyalahgunaan dadah.
ACP Ahsmon Bajah
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.