RM200,000 naik taraf Tanah Perkuburan Islam Kampung Haji Baki

Lo Khere Chiang meneliti pelan Tanah Perkuburan Islam Kampung Haji Baki yang akan dinaiktaraf.

KUCHING— Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu KItang, Lo Khere Chiang mengumumkan peruntukan tambahan RM200,000 bagi menaik taraf Tanah Perkuburan Islam Kampung Haji Baki.

Beliau berkata, peruntukan itu bertujuan untuk menembok tanah kubur yang mendap setuap kali berlaku hujan lebat.

“Saya sudah berbincang dengan Setiausaha Masjid Darul Ehsan, Lee untuk menambah dana sebanyak RM200,000.

“Naik taraf ini meliputi kerja menembok tanah lebih tinggi bagi mengatasi masalah tanah mendap sekiranya berlaku hujan lebat,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Majlis Gotong Royong Perdana Jiwa Murni anjuran Masjid Darul Ehsan, Kampung Haji Baki bersama Markas 1 Divisyen Kem Muara Tuang pada Ahad.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.