Polis berpangkat sarjan disyaki pecah masuk, curi barang kes ditahan
SERDANG— Seorang anggota polis berpangkat Sarjan yang bertugas di bahagian komersial ditahan selepas disyaki memecah masuk dan mencuri barang kes di stor ekshibit Ibu Pejabat Polis (IPD), Sabtu lalu.
Mengesahkan perkara itu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia 40-an itu ditangkap semalam dan perkara itu masih dalam siasatan.
“Kita sudah mengenalpasti barang yang dicuri dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya dipetik Kosmo Online pada sidang akhbar Majlis Perbarisan Ulang Tahun ke-7 Polis Bantuan Sime Darby Property Berhad, di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia, di sini, hari ini.
Hussein menambah, reman dipohon hari bagi tempoh 14 hari untuk membantu siasatan.
Media sebelum ini melaporkan stor ekshibit IPD Sepang dipecah masuk sehingga mengakibatkan beberapa barang kes dilarikan penjenayah.
Siasatan awal mendapati suspek memecah masuk dengan memotong dawai atas pagar bahagian stor dan memasuki melalui lubang kaunter tingkap stor.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.