Lelaki maut dihempap pokok

KANOWIT--Seorang lelaki maut dihempap pokok semasa sedang menjalankan kerja-kerja memotong pokok di kawasan kebunnya di kawasan Pantu Mali, Jalan Lukut-Penyulau di sini tengah hari tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Wong Sieh Ming, 59, disahkan maut serta-merta di lokasi kejadian oleh pasukan KKM yang menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sepasukan anggota dari BBP Kanowit dikerahkan ke lokasi sejurus menerima makluman berhubung insiden pada jam 12 tengah hari.

Katanya, tiba di lokasi, pasukan bomba melakukan "size up" dan mendapati terdapat seorang lelaki yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai dihempap sebatang pokok ketika kerja-kerja memotong pokok di kawasan kebun tersebut.

Mangsa kemudiannya dipindahkan oleh orang awam ke kawasan lapang dalam kawasan kebun tersebut sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

Pasukan Bomba menghubungi pihak KKM dan mangsa telah disahkan meninggal di tempat kejadian. 

Seterusnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post