Jalan "unik": Tak sangka berlaku di Belaga

Gambar Credit Clarence Chin

KUCHING-- "Keunikan" jalan raya yang baharu diturap dan dilengkapi tiang lampu di sebuah kampung di Belaga menjadi tular di media sosial mendapat perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Salah seorang penduduk di situ, Clarence Chin menerusi akaun Facebooknya memberitahu, beliau tidak menyangka "keunikan" jalan berkenaan berlaku di situ.

"Biasa nampak orang troll benda macam ini tetapi kali ini nampak depan mata (sendiri)," katanya.


Jalan berkenaan baharu diturap dan menjadi perhatian ramai adalah kedudukan tiang lampu yang hampir berada di tengah jalan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan pengguna jalan berisiko melanggar tiang lampu berkenaan.

Gambar Credit Clarence Chin

Susulan itu, PDRM Belaga bertindak menutup separuh daripada jalan berkenaan bagi menggelak sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

"Selepas kes tiang tular, ada beberapa orang yang tampil mengadu di mana mereka pernah hampir melanggar tiang tersebut terutama sekali waktu malam.

"Namun, syukur polis sudah tutup separuh jalan," kata Clarence.

Tambahnya tujuan menutup separuh jalan terbabit adalah untuk keselamatan penduduk kampung.
Next Post Previous Post