Tanah Perkuburan Kristian Katolik di Lambir diceroboh
MIRI— Penduduk di sini kecoh selepas mendapati tiga buah kubur di Tanah Perkuburan Kristian Katolik lama di Jalan Lambir dekat sini diceroboh pihak tidak bertanggungjawab hari ini.
Berdasarkan perkongsian Patricia Ddominic melalui Facebook, terdapat tiga kubur terjejas bernombor A106,A107 dan A108.
“Kubur bernombor A107 sudah dipecah dan dalam keadaan berlubang.
“Sehubungan itu saudara-mara yang pernah mengebumikan ahli keluarga mereka di sini boleh melawat kubur ahli keluarga mereka,” katanya dalam hantaran tersebut.
Sebelum ini pada Mei lalu kawasan perkuburan di Saeh Merah, Rumah Babu, Rumah Seggiong, Rumah Lenit, Ladang 4 di Jalan Miri Bintulu dan Bukit Peninjau turut dilaporkan dicerobohi penjenayah.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.