Penduduk mengeluh air keruh

KUCHING— Lembaga Air Kuching diminta melakukan aktiviti pelepasan air atau flushing lebih kerap bagi mengatasi masalah air keruh dan berkeladak yang dihadapi beberapa kawasan perumahan di sini.

Ketua Pemuda Sosialis (DAPSY) Kuching George Lam berkata, beliau menerima aduan mengenai air keruh daripada penduduk di kawasan perumahan di Jalan Stutong, Kenyalang Park, Jalan Stapok Selatan dan Taman Desa Wira.

“Masalah ini membebankan pengguna kerana terpaksa berbelanja lebih untuk membeli penapis air, semata-mata untuk menapis keladak dan tanah.

“Sedih apabila melihat keperluan asas bekalan air kini di Kuching tidak bersih dan menjejaskan kehidupan penduduk,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

George menambah, slogan Sarawak Maju Makmur sempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka tidak dapat direalisasikan sekiranya penduduk masih tidak mendapat bekalan air bersih.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.