Pejalan kaki maut dilanggar lari

KOTA SAMARAHAN-- Seorang pejalan kaki maut disyaki dilanggar lari sebuah kenderaan di Kilometer 20 Jalan Datuk Mohd Musa di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Brodie Brangka berkata, dalam kejadian sekitar jam 6.30 pagi itu, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kemalangan berlaku melibatkan sebuah kenderaan no tidak dikenal pasti dengan seorang pejalan kaki.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku dipercayai semasa mangsa sedang melintas jalan.
 
"Semasa melintas jalan dari tengah pembahagi jalan dipercayai telah dilanggar oleh sebuah kenderaan no tidak dikenal pasti yang telah melarikan diri dari tempat kemalangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, akibat dari kemalangan tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sehubungan itu, tegasnya, polis memohon orang awam atau saksi yang melihat kejadian tersebut untuk tampil memberi maklumat ke Balai Trafik IPD Kota Samarahan atau hubungi 082-662101.

"Kes masih dalam siasatan dan disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," tegasnya.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.