Lelaki maut kemalangan, motosikal terbakar

MUKAH--Seorang warga emas lelaki maut selepas motosikalnya berlanggar dengan sebuah kereta Mazda di Simpang Kampung Jebungan awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, mangsa yang disahkan maut di lokasi kejadian dikenali sebagai Musa Kimik berusia 7t5 tahun.

Sepasukan anggota dari BBP Mukah ujarnya bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 6.44 pagi.

"Sampai di lokasi pasukan bomba mendapati sememangnya berlaku kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal dan kereta yang mana motosikal ditunggang mangsa turut musnah terbakar," ujarnya.

Anggota bomba telah kemudiannya bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan 1 aliran salur bantu mula, 1 nozel yang mana sumber ari diperoleh dari jentera. 

Seterusnya pasukan bomba menyerahkan seorang mangsa iaitu penunggang motosikal kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

Setelah memastikan keadaan selamat, pihak bomba bertolak balik ke balai. 

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post