Lelaki cedera tersepit, kereta langgar belakang lori

SIBU— Seorang lelaki cedera tersepit setelah kereta jenis Proton Saga yang dipandunya dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang rosak di tepi jalan berhampiran 
Institut Memandu Ngu Chung Beng Batu 8, di sini awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.58 pagi dan mengerahkan lapan anggota bersama dua anggota EMR dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral.

“Ketika sampai di lokasi, pemandu kereta tersebut masih terperangkap dalam kenderaan dan tidak mengalami apa apa kecederaan, hanya mengadu sakit pada bahagian belakang.

“Pasukan Bomba bertindak menggunakan hydraulic cutter and spreader untuk membuka pintu dan seterusnya mengeluarkan mangsa tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malayasia untuk rawatan lanjut. Setelah memastikan keadaan di lokasi selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai.


Gambar ihsan Bomba Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.