Lebih RM300 juta untuk naik taraf jalan Ulu Skrang, bina baharu jambatan konkrit Nanga Entalau - Zahid Hamidi
Ulu Skrang, 300 juta untuk Ulu Skrang, Jambatan Nanga Entalau
SRI AMAN— Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM315 juta bertujuan menaiktaraf projek prasarana (Projek Baru RP-3 2023) di sini, kata
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Ia melibatkan projek menaiktaraf bekas jalan Ulu Skrang dengan peruntukan RM300 juta dan projek membina baharu jambatan konkrit di Nanga Entalau, Ulu Skrang berjumlah RM5.7 juta.
“Ini adalah kerjasama antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan kerajaan negeri,” katanya semasa sidang media selepas menyempurnakan Majlis Merarau Ngiling Tikai anjuran Parti Rakyat Sarawak (PRS) di sini pada Ahad.
Beliau juga menambah, Projek Jiwa Murni akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM85 juta telah diluluskan yang akan bermula pada pertengahan Julai.
“Projek Jiwa Murni ini akan dilaksanakan di Bario, Ba’ Kelalan dan juga kawasan berdekatan.
“Semasa saya menjadi Menteri Pertahanan dahulu projek ini telah dimulakan dan kini saya akan meneruskan projek tersebut demi kepentingan rakyat di kawasan itu,” tambahnya.
Info dan gambar Ihsan UKAS
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.