Brazil berminat pengalaman Sarawak bangun sumber tenaga boleh diperbaharui

KUCHING— Brazil berminat dengan pengalaman Sarawak dalam membangunkan pelbagai sumber tenaga boleh diperbaharui.

Perkara itu dikongsikan oleh Duta Besar Brazil ke Malaysia, Art Nortan De Murat Quitella semasa kunjungan hormat ke pejabat Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini (17 Julai).

“Saya tertarik dengan apa yang dikongsikan oleh Premier Abang Johari mengenai usaha kerajaan negeri untuk menjadi negeri pengeluar utama tenaga elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui.

“Selain itu, saya amat berminat dengan bahan api penerbangan mampan yang merupakan topik yang sangat diminati oleh Premier Sarawak,” katanya.

Pada pertemuan itu, Art Nortan turut menyatakan kepada Abang Johari kesediaan Brazil untuk memasuki pasaran Sarawak dengan mengeksport daging haiwan halal ke Sarawak termasuk Sabah.

“Ini memandangkan Brazil adalah pengeksport terbesar protein haiwan halal di dunia.

“Ia merupakan sumber protein haiwan halal yang penting kepada benua Malaysia, namun setakat ini kami belum lagi mengeksport ke Sarawak,” katanya.

 Art Nortan semasa kunjungan hormat ke pejabat Abang Johari di sini hari ini.
Gambar Jabatan Premier Sarawak
Next Post Previous Post