Tiang tumbang, kabel merintang jalan di Betong
BETONG: Orang ramai yang melalui jalan berhampiran Pejabat Daerah Betong dinasihatkan berhati-hati berikutan ada tiang Telekom tumbang dan wayar merentangi jalanraya.
Kawasan yang terjejas ialah di kawasan Simpang tiga menghala ke Pasar Lama Betong berhampiran Pejabat Pendidikan Daerah Betong di Jalan Yong Shaw Nen.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM Daerah Betong memberitahu Borneo.Network pihaknya menerima arahan supaya turun padang bagi menjaga laluan tersebut sehingga ada pihak menjalankan kerja-kerja pembaikan.
"Mohon warga Betong menggunakan laluan yang lain untuk langkah berjaga-jaga dan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
"Tiang yang tumbang pada sebelah petang tadi masih belum ada tindakan dari pihak terbabit.
"Walau bagaimanapun kita akan memberikan kerjasama untuk memantau kawasan tersebut daripada dilalui oleh kenderaan berat dan tinggi," katanya.
Sehingga jam 7.00 petang belum ada pihak terbabit menjalankan kerja-kerja pembaikan walaupun banyak pihak yang telah memviralkan dimedia sosial.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.