Sureeya raih emas ketiga Malaysia di Kemboja
PHNOM PENH: Atlet karate, H Sureeya Sankar menghadiahkan pingat emas ketiga buat Malaysia di Sukan SEA Kemboja sebentar tadi.
Sureeya yang beralih ke kelas kumite bawah 60 kilogram mengatasi lawan dari Indonesia, Ari Saputra 13-5 dalam aksi final di Chroy Changvar Convention Centre Hall A.
Ia adalah emas kedua Sureeya dalam temasya dwitahunan itu selepas meraih emas pada penampilan pertamanya pada temasya Vietnam 2021.
Ketika itu dia menang emas kumite bawah 67kg.
Sumber: Laporan Berita Harian & Kredit Gambar RTM
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.