Kemalangan ngeri di Sibu, penunggang motosikal maut badan terputus dua
SIBU (19 Mei): Badan seorang penunggang motosikal berusia 20 tahun terputus dua selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah trak pikap pacuan empat roda (4WD) di Batu 21 Jalan Sibu-Bintulu pagi tadi dalam satu video yang tular hari ini.
Perlanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak ke arah pagar penghadang keselamatan.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkifli Suhaili berkata pikap itu masuk ke laluan motosikal lalu merempuh mangsa yang bergerak di Batu 21 Jalan Sibu - Bintulu.
Akibat kemalangan penunggang m/sikal telah _ mengalami cedera parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Ambulans Hospital Sibu.
Pihak polis masih menjalankan siasatan kes dibawah Sek.41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.