Dua maut, Waja bertembung Hilux

LUBOK ANTU-- Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di simpang Lubok Antu di sini, hari ini.

Setakat ini identiti dua mangsa yang maut dalam kejadian sekitar jam 11 pagi itu masih belum dikenal pasti.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.11 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong ke lokasi kejadian.

"Kemalangan membabitkan Toyota Hilux dan Proton Waja, terdapat enam mangsa dalam kereta Proton Waja dan seorang mangsa dalam Toyota Hilux.

"Dua mangsa yang maut ialah pemandu dan penumpang kereta Proton Waja yang disahkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) manakala empat penumpang lain selamat dan hanya mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu Toyota Hilux seorang lelaki berusia 60 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

"Setelah membuat size up, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu. 

"Setelah berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut dan mangsa yang cedera dihantar hospital Sri Aman menggunakan ambulans KKM," ujarnya.

Katanya, seterusnya pasukan bomba melakukan kerja-kerja pembersihan jalan dari sisa-sisa kemalangan sehingga selesai sepenuhnya.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.