Buat jejambat-U ganti P-turn, mudahkan pengguna Lebuhraya Pan Borneo

KUCHING-- Cawangan Lebuhraya Pan Borneo Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak diminta untuk mempertimbangkan cadangan membuat jejambat-U di laluan Lebuhraya Pan Borneo di negeri ini khasnya di simpang Lubuk Antu.

Permintaan itu disuarakan oleh seorang pengguna Facebook, Lium GR diruang komen Cawangan Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak.

Jelasnya, jejambat-U itu bagi memudahkan pengguna Lebuhraya Pan Borneo membuat pusingan-U dan mengelakkan membuat pusingan-P yang terlampau jauh seperti yang ada di Lubuk Antu dan sebagainya.

"Cawangan Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak saya mohon jasa baik pihak tuan untuk mempertimbangkan membuat U-turn seperti ini (gambar) untuk mengelakkan membuat P-turn yang terlampau jauh seperti di simpang Lubuk Antu," katanya.

Selain Lium, seorang lagi pengguna Facebook, Clarence Dious Mud turut meminta agar jajaran daripada Jejambat Sibu sehingga Jambatan Durin dinaik taraf.

"Cawangan Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak mohon pihak kontraktor menaik taraf jajaran daripada Jejambat Sibu sehingga Jambatan Durin," tegasnya.

Terdahulu, Cawangan Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak memuat naik hantaran berkaitan lawatan ke tapak projek Jejambat Sibu, Seksyen Sibu WPC07 Lebuhraya Pan Borneo.

Lawatan itu disertai Timbalan Pengarah (Infrastruktur) JKR Sarawak Ir. Ts. Cassidy Morris.

Turut sama dalam lawatan tersebut
Pengurus Zon Tengan Cawangan Lebuhraya Pan Borneo (CLPB) Hashim Sahari, JKRS, wakil Pengurusan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Sdn Bhd (PLPS) selaku perunding pengurusan projek dan pihak kontraktor.

Dalam lawatan tersebut, Ir. Ts. Cassidy telah mengarahkan pihak kontraktor untuk mempercepatkan penyiapan jejambat berkenaan.

Beliau turut mengingatkan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) oleh pihak kontraktor berada dalam keadaan baik dan selamat untuk pengguna.

Sementara itu, wakil pihak kontraktor memberi komitmen bahawa jejambat berkenaan akan dibuka kepada orang awam sebelum menjelang perayaan Hari Gawai tidak lama lagi.

Turut sama dalam lawatan tersebut Encik Hashim Sahari, Pengurus Zon Tengan Cawangan Lebuhraya Pan Borneo (CLPB), JKRS, wakil Pengurusan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Sdn Bhd (PLPS) selaku perunding pengurusan projek dan pihak kontraktor.
Next Post Previous Post