Kecoh kereta hangus di MetroCity, Matang

KUCHING - Orang ramai yang berurusan di kawasan Metro City, Matang gempar apabila sebuah kereta terbakar di satu persimpangan jalan.

Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam kenyataan kepada media berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 2.48 petang tadi.

Menurut Komander Operasi, PBK I, Joseph Diea, pemandu kereta malang itu, seorang lelaki sempat menyelamatkan diri selepas kereta yang dipandunya tiba-tiba terbakar.

"Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Waja telah terbakar hampir 100%. 
"Pasukan bomba bertindak mengawal kebakaran dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula sehingga api padam," kata Joseph 

Kejadian tiada melibatkan sebarang kecederaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.