Remaja dikhuatiri lemas semasa mandi sungai

Gambar PGO Sarawak

BINTULU: Kegembiraan seorang remaja lelaki mandi- manda bersama rakannya bertukar tragedi selepas dikhuatiri lemas semasa sedang mandi di sebuah sungai berhampiran Kampung Rasan, Tubau petang tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Darrylsyivister Stella, 15, sebelum itu dikatakan berada di kawasan sungai berhampiran jeti kampung pada jam 5.40 petang tujuan untuk mandi bersama rakan-rakan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya berkata, sepasukan anggota bomba dari BBP Bintulu telah bergegas ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 6.19 petang.

Gambar PGO Sarawak

Maklumat awal yang diperoleh katanya mendapati mangsa dikatakan telah terjun ke dalam sungai tersebut untuk mandi.

"Hasil daripada maklumat keluarga, mangsa dikatakan tidak pandai berenang dan semasa kejadian, mangsa hanya menggunakan seluar pendek berwarna hitam. Anggaran mangsa terjun adalah pada kedalaman 12 kaki. 

Setelah mangsa gagal dikesan, pihak keluarga terus membuat panggilan kecemasan melalui MERS 999 untuk melaporkan kejadian tersebut.

Gambar PGO Sarawak

Selepas sampai di lokasi, pasukan bomba memulakan usaha pencarian secara permukaan iaitu mensasarkan kawasan tebingan sungai dalam anggaran radius pencarian 3 meter dimana mangsa dilaporkan terjun. 

"Operasi SAR ini terpaksa dihentikan pada jam 8.40 malam atas faktor keselamatan dan akan disambung pada pagi esok," tambahnya.


Next Post Previous Post