Pembantu pergigian maut kemalangan, kereta dipandu terbabas ke bahu jalan

MUKAH: Seorang lelaki yang bertugas sebagai pembantu pergigian di sebuah klinik di sini menemui maut selepas kereta Perodua Alza yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas di kawasan Bukit Dinding Jalan Mukah-Selangau awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias, dalam kejadian sekitar jam 5 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai James Landok, 43, berasal dari Sungai Petai, Sarikei, disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Klinik Selangau akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan patah tangan kiri.

"Seorang penumpang, remaja lelaki berusia 19 tahun turut dilaporkan hanya mengalami bengkak tangan," ujarnya.

Menurut Muhamad, hasil siasatan awal mendapati bahawa kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandunya yang sedang bergerak dari arah Selangau menuju ke Mukah melalui satu selekoh di kawasan Bukit Dinding telah hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan.

Kes ini akan didi bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Mukah bagi tujuah bedah siasat.

Gambar PDRM Mukah
Next Post Previous Post