Lelaki miliki 640.87 gram ekstasi berhadapan hukuman gantung sampai mati

BINTULU: Seorang lelaki tempatan dicekup polis kerana memiliki dadah jenis ekstasi yang dianggarkan seberat 640.87 gram di Taman Perumahan Taman Sibiyu pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan yang dijalankan ke atas suspek telah menemukan 20 paket bahan terlarang itu dalam simpanan suspek yang disyaki pengedar dadah itu.

"Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mengesahkannya turut positif mengambil dadah jenis Methamphetamine," jelas beliau.

Jika disabitkan salah memiliki dadah di bawah Seksyen 39B ADB 1952, suspek boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atau dipenjarakan seumur hidup termasuk sebatan tidak kurang 15 kali. 

Manakala bagi Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 pula, sekiranya disabit salah, suspek boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun serta diletakkan dalam tempoh pengawasan selama dua tahun.

Batholomew sebagai berkata bahawa tangkapan ini merupakan salah satu usaha PDRM bagi membanteras masalah penyalahgunaan dadah, disamping mencegah aktiviti jenayah di Daerah Bintulu.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.