Kantoi edar dadah di tangga hotel bajet, empat lelaki ditahan polis

BINTULU: Seorang lelaki warganegara asing antara empat yang ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Bintulu di tangga sebuah hotel bajet di kawasan pasar lama Bintulu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit, pemeriksaan yang dijalankan ke atas empat suspek yang berusia antara 18 hingga 32 tahun itu berjaya merampas 10.6 gram syabu.
Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek katanya turut mengesahkan kesemua suspek positif mengambil dadah jenis Methamphetamine.

"Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati bekalan bahan terlarang itu dipercayai untuk diedarkan di sekitar kawasan bandar dan ladang berdekatan yang mana boleh digunakan untuk 200 orang penagih," jelas Batholomew.

Kes ini katanya akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Manakala itu, seorang lagi suspek warganegara asing turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Immigresen 1959/1963 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Gambar hiasan
Next Post Previous Post