Kanak-kanak perempuan terperangkap 15 minit dalam kereta sebelum diselamatkan

KAPIT: Seorang ibu berhadapan dengan detik cemas selepas anak perempuannya yang berusia satu tahun terperangkap dalam kereta yang diparkirkan di hadapan JNT pasar Kapit hari ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kapit, Timothy Barat, sepasukan anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 1.15 petang.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat seorang kanak-kanak perempuan terkunci dari dalam kereta yang dipandu ibunya," ujar beliau.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan kanak-kanak berkenaan dengan membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas.

Selepas 15 minit bertungkus-lumus, kanak-kanak itu akhirnya berjaya dikeluarkan 1.35 petang sebelum diserahkan kepada ibunya.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.