Dua beradik terselamat, Honda City dihanyutkan air deras di Meradong Skim B, Bintangor

BINTANGOR - Sebuah kereta jenis Honda City dari arah skim B menghala ke pekan Bintangor telah di hanyutkan arus deras akibat daripada limpahan air yang melimpahi jalan raya akibat hujan lebat yang berterusan.

Kereta tersebut telah di hanyutkan air sejauh lebih kurang 50 meter dari jalan raya.

Mangsa telah berjaya keluar dari kenderaan tanpa sebarang kecederaan.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi pada jam 3 pagi menggunakan tali penyelamat untuk membawa mangsa ke tempat yang selamat.

Mereka seterusnya menaiki kenderaan polis untuk ke pekan Bintangor.

Setelah keadaan selamat pasukan bomba bertolak balik ke balai.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.