Dua alami kecederaan, kereta dipandu rempuh pembahagi jalan
SARIKEI: Dua lelaki berusia 37 dan 55 tahun mengalami mengalami kecederaan selepas kereta jenis Proton Saga yang dinaiki hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan di Jalan Sarikei-Saratok pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota BBP Sarikei berkata bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 9.50 pagi.
Turut mengalami kecederaan adalah seorang pekerja Projek Penyelenggaraan Pan Borneo yang sedang membuat kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan mangsa telah dibawa ke Hospital Sarikei oleh Pihak APM.
Pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dan seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak KKM untuk dibawa ke Hospital Sarikai bagi mendapatkan rawatan.
Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 10.50 pagi.
Gambar PGO Sarawak
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.