Wanita disembur racun serangga, rantai emas RM8,000 dilarikan

LIMBANG - Seorang wanita disembur racun serangga oleh seorang lelaki yang memakai topi keledar sebelum melarikan rantai emas dileher mangsa dalam kejadian yang berlaku kediamannya di kawasan perumahan Batu Biah dekat sini pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Madam Liaw 60 memberitahu Borneo Network kejadian jam 10 pagi itu berlaku ketika beliau hanya bersama anaknya di dalam rumah berkenaan, lalu didatangi seorang lelaki yang berpura-pura hendak mencari suaminya.

“Lelaki yang datang seorang diri memakai topi keledar itu berpura-pura mengenali suami saya dan ingin mencarinya untuk meminta bantuan membaiki paip rumahnya lalu meminjam telefon bimbit saya kerana kehabisan bateri telefon.

“Saya tidak melayan lelaki berkenaan yang kemudiannya bertindak menyembur racun serangga yang diletakkan di dalam rumah kami menyebabkan saya sedikit pening sebelum dia merampas rantai emas di leher dan bertindak melarikan diri,”katanya.

Akibat kejadian itu mangsa mengalami kerugian kira-kira RM8 ribu.

Liaw memberitahu lagi dia tidak mengenali lelaki berkenaan dan tidak sempat mengecam nombor pendaftaran motosikal yang ditunggang lelaki berkenaan kerana motosikalnya diletakkan jauh dari rumah mereka selain keadaan berlaku terlalu pantas.

Beliau juga memaklumkan belum membuat laporang polis berhubung kejadian tersebut.

Kejadian itu turut dikongsi dalam laman sosial Facebook.

Foto kredit to Madam Liaw
Next Post Previous Post