Rumah panjang 34 pintu Kampung Sungai Kawi terbakar

BINTANGOR-- Sebuah rumah panjang 34 pintu di Jalan Sing Ba, Sungai Kawi di sini terbakar pagi ini. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu sekitar jam 9.25 pagi tadi. 

Berikutan itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor dengan sembilan anggota diketuai oleh PBK II KUP Gala Ensonin dikerahkan ke lokasi. 

BBP Sarikei dengan tujuh anggota turut dikerahkan untuk membantu. 

Setakat ini kerja-kerja pemadaman giat dijalankan.

Komander Operasi berkata insiden kebakaran melibatkan Rumah Panjang 34 pint,u, namun anggaran 17 pintu berjaya diselamatkan.
Next Post Previous Post