Penyangak angkut diesel bersubsidi gagal kemuka dokumen

MIRI-- Ops Kontraban petang Selasa berjaya menahan seorang lelaki dan merampas minyak diesel bersubsidi 
yang disembunyikan di dalam tangki ubah suai 600 liter dengan anggaran RM1,290.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, suspek ditahan sekitar jam 3.20 petang tadi di tepi jalan Pasar Lutong selepas gagal mengemukan sebarang dokumen di bawah Kementerian 
Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Turut dirampas sebuah van yang dipandu suspek jenis Ford Econovan warna putih angaran lebih kurang RM45,000.

Tangkapan dilakukan Unit Risikan Marin (URM) Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri.
 
Nilai keseluruhan rampasan bemilai adalah sebanyak RM 49,090.

Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Next Post Previous Post