Penduduk resah diancam tanah runtuh


BETONG: Keluarga yang menghuni tiga unit bilik di rumah panjang Tr.Kandawang Agam, Rantau Layang, Spak dalam kegusaran apabila berlaku tanah runtuh di belakang rumah mereka semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Betong Leftenan (PA), Desem Samuel memberitahu pihaknya dimaklumkan tentang kejadian tanah runtuh yang berlaku yang menjejaskan 10 penduduk.
"Lima anggota dikerah ke lokasi kejadian bagi memantau kejadian.
"Pemantauan di lokasi mendapati telah berlaku runtuhan di belakang rumah mangsa dan jarak runtuhan dari struktur rumah dalam anggaran dua meter.


"Runtuhan dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang berterusan di kawasan tersebut dan menyebabkan hakisan tanah.
"Walau bagaimanapun anggota kami menasihati penduduk agar sentiasa berjaga-jaga berkemungkinan situasi dan runtuhan yang lebih teruk meskipun keadaan masih terawal," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.