Lelaki Maut, kereta dipandu terbalik di Miri
MIRI--Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbalik di bahu jalan di Jalan Miri Bypass berhampiran Shell Pujut di sini, petang ini.
Dalam kejadian itu, mangsa dikenali Kadom Temban, 38.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.50 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Lopeng ke lokasi kejadian.
"Setibanya pihak Bomba di lokasi kejadian mendapati sebuah kenderaan jenis sedan telah terbalik di bahu jalan.
"Mangsa seorang lelaki tidak sedarkan diri telah tersepit di bawah bumbung kenderaan yang terbalik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,pasukan Bomba bertindak mengeluarkan usemangsa dari bawah kenderaan dan menyerahkan mangsa kepada pihak polis dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.
"Setelah memastikan keadaan selamat, pasukan Bomba bertolak balik ke balai, operasi tamat jam 3.55 petang," ujarnya.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.