Kena libas tali tongkang, mangsa ditemui lemas

Gambar PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak


KUCHING: Seorang pekerja yang merupakan lelaki warganegara Myanmar yang dikhuatiri terjatuh ke Sungai Sarawak selepas dilibas tali tongkang ditemui mati lemas pada jam 11.45 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataan hari ini mengesahkan, mangsa yang dikenali sebagai Kyaw Khaint, 28, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan hilir tebing sungai Kuap berhadapan Kuari Hock Seng Lee oleh pasukan SAR pada jarak 1.8 kilometer dari PKB.

Mangsa katanya telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Gambar PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

"Dengan penemuan mayat mangsa sekaligus menamatkan usaha pencarian hari yang ke-2 hari pada jam 1.30 petang tadi," jelasnya.

Pada pagi semalam, mangsa bersama-sama dua lagi rakan kerjanya merupakan warga tempatan sedang mengikat tali tongkang berdekatan Hock Seng Lee Wah Wharf sebelum dilibas oleh tali berkenaan.

Akibat dari kejadian tersebut, seorang mangsa mengalami kecederaan ringan manakala seorang lagi dilaporkan patah kaki.
Next Post Previous Post