Ada makhluk buang sampah di bahu jalan

BETONG: Tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di kawasan Jalan Tisak mengundang kemarahan banyak pihak.

Seorang pengguna media sosial di Facebook menyuarakan ketidak puasan hati setelah melihat longgokan sampah yang dibuang di jalan tersebut.

"Sikap tidak bertanggungjawab pihak berkenaan yang tanpa merasa bersalah membuang sampah amat dikesali.

"Kegiatan tidak bermoral ini telah mencemar alam sekitar dikawasan tersebut selain mengundang bahaya kepada pengguna jalanraya yang mengguna laluan tersebut.

"Mohon pihak berkuasa ambil berat terhadap hal ini kerana pembuangan sampah sarap semakin berluasa di kawasan tersebut bukan sahaja mengakibatkan pencemaran malah mengganggu laluan jalanraya," katanya.

Beliau yang turut dihubungi memberitahu pembuangan sampah dikawasan tersebut telah lama berlaku.

"Sudah tiga tahun berlaku kegiatan membuang sampah di kawasan ini cuma sebelum ini puntung kayu dan sisa sampah dibuang disitu.

"Semalam pembuangan sampah berlaku lagi dengan pelbagai jenis sisa sampah dilonggokkan disitu.

"Keadaan ini bukan sahaja mengakibatkan pencemaran malah mengganggu laluan jalan dengan longgokan dahan kayu serta sisa buangan yang lain," tegasnya.
Next Post Previous Post