4 mangsa kapal karam selamat mendarat
MIRI— Seramai empat mangsa kapal karam di perairan Miri petang tadi dilaporkan selamat.
Jurucakap Pertahanan Awam Daerah Miri berkata, mangsa kesemuanya lelaki berusia antara 25 hingga 44 tahun itu selamat mendarat di Jeti Marina Bay pada jam 6.06 petang tadi.
“Sebaik tiba, skuad Charlie membawa dua daripada mangsa ke Hospital Miri untuk rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri menerima panggilan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berhubung
kejadian kapal karam pada jam 4.50 petang.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.