Rumah di Kampung Jangkar, Lundu terbakar



KUCHING -- Sebuah rumah di Kampung Jangkar, Lundu dekat sini terbakar yang berlaku dinihari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu sekitar jam 3.45 pagi dan mengerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi dengan jarak 25 kilometer.

"Kawalan BBP Lundu terima panggilan terus daripada orang awam mengatakan ada berlaku kebakaran rumah di alamat Kampung Jangkar, Lundu.


"Makluman awal, kebakaran melibatkan kebakaran rumah kediaman," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kebakaran itu berjaya dipadamkan.

Jelasnya, punca kebakaran masih dalam siasatan.
Next Post Previous Post