Pusat Dialisis ke-2 Miri di Permyjaya bakal beroperasi Mac ini

MIRI-- Pusat dialisis ke-2 Bulan Sabit Merah Malaysia Miri di Permyjaya dijangka bakal memulakan operasi awal Mac tahun ini.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin yang juga naib pengerusi Bulan Sabit Merah cawangan Miri I, pusat itu telah menerima permit operasi Januari tahun ini akan dijangka memberi manfaat kepada 240 pesakit yang bermastautin di bahagian Utara Bandaraya Miri.


Pusat itu mampu menampung 40 mesin dialisis , dan setakat ini ia telah menerima 30 mesin yang disumbangkan pelbagai pihak.

Terdahulu, Lee menyaksikan penyerahan empat mesin dialisis (keluaran negara Jerman) yang disumbangkan oleh syarikat akauntan bertauliah, Sidney Lau and Co kepada pusat dialisis di Permyjaya berharga RM186,899.00.

Pembinaan pusat itu telah dimulakan pada 2019 dan siap pada Mac 2021 dengan anggaran kos lebih RM6 juta.

 Turut hadir Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong.
Next Post Previous Post