Penunggang motosikal maut, seorang parah, dua motosikal bertembung

Gambar PDRM Mukah
MUKAH: Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lagi motosikal lain yang datang dari arah bertentangan di kawasan Kilometer 73 Jalan Sibu-Bintulu awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, mangsa maut dikenali sebagai Ngelambai Gani, 76, manakala seorang lagi mangsa juga seorang lelaki berusia 50 tahun mengalami kecederaan di kepala dan patah kaki.
Katanya, siasatan awal yang dijalankan mendapati semasa kemalangan, motosikal ditunggang mangsa sedang bergerak lurus dari arah Sibu menuju ke Selangau sebelum bertembung dengan sebuah lagi motosikal yang didapati bergerak melawan arus dari Selangau.
"Akibat daripada kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan Klinik Selangau akibat cedera parah di bahagian kepala selain patah tangan dan kaki kiri.
Dalam pada itu jelasnyqa, seorang lagi mangsa yang turut mengalami cedera parah di bahagian kepala dan patah kaki kiri telah dibawa ke Klinik Selangau sebelum dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.
Kemalangan berlaku katanya turut menyebabkan kedua-dua motosikal ditunggang kedua-dua mangsa mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan.
Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Next Post Previous Post