Kereta terbakar, wanita terselamat

KUCHING--Sebuah kereta terbakar di jejambat Jalan Satok di sini, pagi ini.

Bagaimanapun, pemandu seorang wanita berusia 36 tahun selamat dalam kejadian itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.10 pagi dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan ke lokasi kejadian.

"Setibanya pihak Bomba di lokasi, mendapati sebuah kereta jenis Myvi sedang terbakar di bahagian enjin.


"Pihak Bomba menggunakan satu aliran hosereel untuk memadam kebakaran itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi telah tamat pada jam 8.47 pagi, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.