Tragedi Batang Kali: Ibu hampir rebah, hilang anak, menantu dan dua cucu

tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Seorang ibu yang kehilangan empat ahli keluarganya, tanah runtuh di Batang Kali

SUNGAI BULOH— Seorang ibu yang kehilangan empat ahli keluarganya dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali kelihatan terlalu sedih dan lemah untuk berjalan, malah hampir rebah, selepas proses menuntut mayat mereka di Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini.


Beh Su Lee, 59, dari Sabak Bernam terpaksa dipimpin ahli keluarga untuk menuju ke kereta ketika meninggalkan Jabatan Forensik hospital itu.


Wanita itu berkata beliau kehilangan anak perempuan berusia 35 tahun, menantu lelaki (34) dan dua orang cucu iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berusia enam dan satu tahun, dalam kejadian awal pagi Jumaat itu. 


“Semalam saya sudah jumpa (camkan) tiga mayat. Hari ini saya jumpa (cam) lagi satu,” katanya kepada pemberita sebelum meninggalkan hospital, lapor Bernama.


Beberapa minit sebelum Beh keluar dari Jabatan Forensik kelihatan dua buah van syarikat pengebumian meninggalkan jabatan tersebut, dipercayai membawa mayat empat ahli keluarga Beh. 


Setakat ini 24 mangsa telah disahkan terkorban dengan sembilan lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa terlibat.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.