Tanah runtuh: Satu lagi mayat ditemukan, angka korban kini 26

tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, tanah runtuh di Batang Kali, jumlah kematian akibat tragedi tanah runtuh, tanah runtuh

BATANG KALI-- Satu lagi mayat mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di sini ditemukan hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat tragedi itu kini adalah 26. 


Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam kenyataan di laman Facebook yang memetik sumber Pusat Pengurusan Operasi JBPM berkata satu mayat lelaki dewasa ditemukan pada pukul 11.16 pagi di sektor B (kem Farmview).


Kenderaan yang membawa mayat itu dilihat keluar dari lokasi pencarian pada kira-kira pukul 11.57 pagi, lapor Bernama.


Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah mangsa yang masih hilang adalah tujuh, manakala 61 selamat, daripada keseluruhan 94 mangsa insiden itu yang berlaku pada 2.42 pagi, Jumaat lepas.


JBPM hari ini memaklumkan pasukan mencari dan penyelamat akan membuat penggalian lebih dalam bagi mencari mangsa di kawasan kejadian selepas mengambil kira penemuan mangsa ke-25 semalam yang dijumpai pada kedalaman ‘luar jangkaan’ iaitu kira-kira 17 meter di sektor C (Riverside).

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.