Tanah runtuh halang jalan di Jalan Engkamop

Tanah runtuh di Batu 13 Jalan Engkamop, Tanah runtuh halang jalan di Jalan Engkamop

PAKAN--Tanah runtuh menghalang jalan di Batu 13, Jalan Engkamop di sini, pagi tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.28 pagi dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor ke lokasi kejadian.



"Berlaku kejadian tanah runtuh dari lerang bukit anggaran ketinggian 20 meter dan menghalang separuh jalan utama anggaran 30 meter," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, pasukan Bomba bertindak memasang sawar-sawar atau pita keselamatan sebagai tanda amaran dan menghubungi jawatankuasa pengurusan bencana peringkat daerah untuk makluman.

LihatTutupKomentar