Seorang maut, dua alami kecederaan, kereta dipandu bertembung 4WD

Pemandu kereta model Perodua Viva maut selepas kereta yang dipandunya itu bertembung, Kemalangan di kawasan lampu isyarat Taman Tinggi
Gambar BBP Bintulu.

BINTULU: Seorang wanita yang merupakan pemandu kereta model Perodua Viva maut selepas kereta yang dipandunya itu bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) di kawasan lampu isyarat Taman Tinggi pada tengah malam tadi.


Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad mengesahkan, mangsa yang maut di lokasi kejadian dikenali sebagai Nur Amira Idris, 37.


Gambar BBP Bintulu.


Dua lagi rakannya  yang merupakan penumpang kereta tebabit dilaporkan hanya mengalami kecederaan pada bahagian muka.


Katanya, sepasukan anggota bomba dari BBP Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 12.27 malam.


Gambar BBP Bintulu.


"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba bertindak mengeluarkan kesemua tiga mangsa yang tersepit dalam kereta dengan menggunakan peralatan menyelamat,"  ujarnya.


Gambar BBP Bintulu.


Pemeriksaan yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap mangsa mengesahkan pemandunya sudah meninggal dunia akibat mengalami kecederaan serius.


Gambar BBP Bintulu.


Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut manakala dua lagi mangsa yang mengelami kecederaan dihantar ke Hospital Bintulu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.