Remaja cedera, motosikal berlanggar MPV
Gambar kredit APM |
MIRI—Seorang lelaki cedera pada bahagian kaki dan tangan kanan selepas motosikalnya kemalangan dengan sebuah kenderaan serba guna (MPV) di Jalan Jee Foh 4, petang tadi.
Menurut Pegawai Lt (PA) Mirwan Shah Masri, dalam kejadian itu penunggang motosikal berusia 22 tahun tercampak ke bahu jalan.
Pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 5.16 petang.
"Seramai empat anggota digerakkan ke lokasi kejadian dan sejurus tiba, mereka telah melakukan rawatan awalan.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut,” ujarnya.
Bagaimanapun, pemandu kenderaan MPV tidak mengalami sebarang kecederaan.