Petronas, ADNOC meterai perjanjian sumber minyak bukan konvensional di Abu Dhabi

Presiden United Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mohamed bin Zayed Al-Nahyan dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Adnoc dan Petronas untuk Blok 1 Minyak Bukan Konvensional Luar Pesisir Abu Dhabi.  Gambar kredit Istana Negara

ABU DHABI-- Syarikat Minyak Nasional Abu Dhabi (Adnoc) dan syarikat minyak dan gas milik kerajaan Malaysia Petronas menandatangani satu perjanjian bersejarah untuk penerokaan dan penilaian blok minyak bukan konvensional luar pesisir pertama Abu Dhabi, lapor Anadolu memetik media tempatan pada Isnin.


Agensi Berita WAM melaporkan, Presiden United Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mohamed bin Zayed Al-Nahyan dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Adnoc dan Petronas untuk Blok 1 Minyak Bukan Konvensional Luar Pesisir Abu Dhabi.


Menurut agensi itu, perjanjian itu menandakan "kali pertama syarikat Malaysia akan melabur dan meneroka hidrokarbon di Abu Dhabi, lapor Bernama.


Perjanjian untuk tempoh enam tahun itu akan membolehkan Petronas memperoleh 100 peratus pegangan dan pengendali untuk meneroka minyak bukan konvensional di Blok 1 Bukan Konvensional Luar Pesisir yang meliputi kawasan seluas lebih 2,000 kilometer persegi di wilayah Al Dhafra.

Next Post Previous Post